Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas — Universiti Malaysia Kelantan
📅 22 Jul 2024
Kongsi: f 𝕏 💬

Perjumpaan Exco Pertisa bersama Pendaftar UMK

Perjumpaan Exco Pertisa bersama Pendaftar UMK

09 Julai 2024 - Perjumpaan Exco Pertisa Sesi 2024/2025 bersama Pendaftar UMK, YBrs. Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim (P.J.K) telah diadakan pada 09 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kesemua exco Pertisa UMK di ketuai oleh Presiden, Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah. Perjumpaan ini adalah juga sebagai satu kunjungan hormat keatas Tuan Pendaftar UMK dan memperkenalkan barisan Exco yang baharu bagi sesi 2024/2025.

Banyak perkara dan aktiviti yang telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat agar dapat memaksimakan fungsi PERTISA UMK dan memberi manfaat yang jelas kepada semua ahli. PERTISA UMK komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai persatuan yang akan menjadi tunjang kepada semua pentadbir UMK.

Perjumpaan Exco Pertisa bersama Pendaftar UMK
Perjumpaan Exco Pertisa bersama Pendaftar UMK