Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas — Universiti Malaysia Kelantan
Latar Belakang Visi & Misi Objektif

Mengenai PERTISA

PERTISA adalah merupakan singkatan nama kepada Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan yang telah didaftarkan pada 11 Februari 2014 dengan nombor pertubuhan PPM-013-03-11022014.

PERTISA sebelum penubuhanya secara rasmi pada 2014 telah bergerak aktif bermula pada tahun 2010 lagi. Sehingga kini PERTISA telah bergerak aktif dalam memperjuangkan kebajikan ahlinya terutama dari aspek perjawatan, laluan kerja disamping aktiviti melibatkan kebajikan ahli.

Dari segi keahlian, semua Pegawai Tadbir dan Ikhtisas yang berkhidmat secara tetap, sementara dan kontrak di Universiti Malaysia Kelantan diwajibkan menjadi ahli Persatuan melibatkan tiga buah kampus iaitu UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.

📋
No. Pendaftaran
PPM-013-03-11022014
📅
Tarikh Daftar
11 Februari 2014
Mula Beroperasi
Sejak 2010

Visi & Misi

Visi

Hala Tuju Strategik Pertubuhan

  • Menjadi medium interaksi secara langsung dengan pihak Universiti
  • Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi aktiviti Persatuan
  • Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan luar untuk kepentingan Persatuan
Misi

Memperkasakan profesionalisme pegawai bagi meningkatkan imej Universiti.

Objektif Pertubuhan

Lapan objektif utama yang menjadi teras kepada setiap tindakan dan program PERTISA UMK.

  • 01

    Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan.

  • 02

    Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan.

  • 03

    Memacu ke arah mencapai matlamat Universiti Malaysia Kelantan.

  • 04

    Menjadi badan perunding kepada peningkatan kerjaya dan kepentingan ahli.

  • 05

    Menjadi ahli gabungan dan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan dalaman Universiti Malaysia Kelantan, kebangsaan dan antarabangsa yang sesuai dengan dasar Persatuan.

  • 06

    Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

  • 07

    Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Pihak Berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

  • 08

    Meningkatkan etika dan integriti serta memupuk nilai-nilai keusahawan di kalangan ahli.