Logo PERTISA
Logo PERTISA direka dengan penuh makna dan simbolisme — setiap elemen bentuk dan warna membawa mesej yang mencerminkan nilai, visi dan semangat warga Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan.
Makna di Sebalik Reka Bentuk
Infiniti
Melambangkan tekad dan usaha yang berterusan meningkatkan profesionalisme Pegawai Tadbir dan Pegawai Ikhtisas di samping memelihara kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Kaca Mata
Melambangkan hala tuju dan visi yang jelas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan sifat kepimpinan, profesionalisme dan integriti yang tinggi.
Dua Bulatan
Melambangkan kesepakatan dan persefahaman di kalangan ahli Persatuan dalam menjalankan segala program pembangunan di Universiti.
Makna di Sebalik Warna
Merah
Melambangkan sifat keberanian dan semangat waja ahli Persatuan.
#C0392BBiru
Melambangkan sifat profesionalisme yang tinggi di kalangan ahli Persatuan.
#1A3A6EUngu
Melambangkan kepimpinan, kuasa, inspirasi tinggi, kesetiaan dan transformasi sebagai sifat setiap ahli Persatuan.
#6C3483Kelabu
Melambangkan sifat intelek, pengetahuan dan kebijaksanaan yang ada dalam diri setiap ahli Persatuan.
#7F8C8DHitam
Melambangkan kualiti tinggi dan mantap yang dipunyai oleh setiap ahli Persatuan.
#1A1A1AJingga
Melambangkan sifat aktif dan bertenaga yang ada pada setiap ahli Persatuan.
#E08B1A