PERJUMPAAN EXCO PERTISA BERSAMA YBRS. PENDAFTAR UMK
PERJUMPAAN EXCO PERTISA BERSAMA YBRS. PENDAFTAR UMK
Satu pertemuan santai tetapi penuh makna telah berlangsung antara barisan Exco Pertisa dan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan, En. Khairul Eruwan Abdul Halim.
Dalam suasana yang penuh mesra, pelbagai perkara telah dikongsikan oleh Pendaftar menyentuh aspek tanggungjawab, hala tuju dan nilai kebersamaan dalam membina kecemerlangan UMK.
Antara pesanan yang cukup bermakna adalah seruan beliau untuk sentiasa berfikir ke hadapan (way forward) dan menilai setiap tindakan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi kebaikan bersama.
PERTISA UMK menyambut baik hasrat dan aspirasi Pendaftar untuk melihat UMK muncul sebagai sebuah universiti yang terulung. Kami tekad untuk bersama-sama merealisasikannya dengan semangat berpasukan dan iltizam yang tinggi.