Kunjungan Hormat Kepada Pengurusan Tertinggi UMK
Kunjungan hormat kepada Pengurusan Tertinggi UMK (Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak, Prof. Dato' Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Puan Wan Noor Azimah Wan Muhammad dan Puan Noraini Idris) telah diadakan dari Jawatankuasa Induk PERTISA 2024/2025 yang diketuai oleh Presiden, Ts. Amirul Firdaus B. Zilah sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan kepada Pertisa selama ini.
PERTISA UMK turut menyampaikan sedikit cenderahati Aidilfitri buat Pengurusan Tertinggi UMK sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas dari semua ahli. Hubungan baik PERTISA dan Pengurusan Tertinggi UMK akan menghasilkan impak yang baik dalam pembangunan persatuan secara khasnya dan UMK secara amnya.