KUNJUNGAN HORMAT PERTISA BERSAMA NAIB CANSELOR UMK
KUNJUNGAN HORMAT PERTISA BERSAMA NAIB CANSELOR UMK
Kunjungan hormat Exco Pertisa Sesi 2024/2025 bersama Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kesemua exco Pertisa UMK di ketuai oleh Presiden, Ts. Amirul Firdaus Bin Zilah.
Pertemuan ini membincangkan berkenaan hala tuju persatuan serta mendapatkan pandangan dari YBhg. Naib Canselor dalam memperkasakan peranan Pegawai Universiti dalam menyokong kecemerlangan universiti.
Terima kasih kepada YBhg. Naib Canselor atas kesudian menerima kunjungan ini serta sokongan yang berterusan dalam usaha memperkasa pentadbiran dan pembangunan universiti.
PERTISA UMK dengan sebulat suara memberi sokongan yang penuh terhadap kepimpinan dan aspirasi yang dibawa oleh YBhg. Naib Canselor.