KEJOHANAN TENPIN BOLING PERTISA UMK 2024
12 Oktober 2024-
KEJOHANAN TENPIN BOLING PERTISA UMK 2024
Kejohanan Tenpin Boling Pertisa UMK 2024 telah berlangsung pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Lite Superbowl JB7, Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu. Sebanyak 12 Kumpulan telah bertanding dimana melibatkan seramai 48 peserta dalam kalangan Ahli PERTISA UMK, KESPUMK, dan PEKAUMK.
Pendaftar UMK, YBrs. Encik Khairul Eruwan Abdul Halim turut bersama-sama para peserta dalam kejohanan kali ini. Sebanyak 3 Kategori dipertandingkan iaitu Berkumpulan, Individu Lelaki dan Individu Perempuan. Pemenang Kategori Utama iaitu Berkumpulan membawa pulang Piala Pusingan Presiden Pertisa UMK beserta wang tunai, medal dan hamper.
Presiden dan seluruh Exco PERTISA UMK mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih tidak terhingga buat semua peserta yang telah menyertai kejohanan kali ini.
Semangat kebersamaan dalam kalangan kita warga UMK akan terus mekar dengan adanya aktiviti seperti ini.