KEBERSAMAAN DAN KEHARMONIAN KESATUAN/PERSATUAN MENDUKUNG ASPIRASI UNIVERSITI
KEBERSAMAAN DAN KEHARMONIAN KESATUAN/PERSATUAN MENDUKUNG ASPIRASI UNIVERSITI
BACHOK 17 Februari 2025 I Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, hari ini mengadakan perjumpaan khas bersama Presiden-Presiden Kesatuan/Persatuan Universiti di pejabatnya di Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan.
Perjumpaan yang berlangsung sekitar satu jam itu untuk memberikan ruang kepada kesatuan/persatuan untuk keharmonian dan kebersamaan dalam mendukung aspirasi universiti.
Prof. Ts. Dr. Arham telah menyatakan bahawa komitmen teguh beliau untuk memimpin universiti ini ke arah kecemerlangan.
Beliau menekankan bahawa kejayaan ini hanya dapat dicapai dengan bantuan dan kerjasama semua pihak, termasuk para pelajar, kakitangan, dan pihak pengurusan.
Beliau turut menegaskan bahawa komitmen dari ahli kesatuan/persatuan ini akan menjadi titik tolak bagi usaha bersama dalam mencapai visi dan misi universiti.
“Ianya direalisasikan melalui kebersamaan menyokong dan bekerjasama dengan Naib Canselor untuk membawa universiti ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Perjumpaan khas inj adalah penjumpaan sulung Prof. Ts. Dr. Arham selepas hari pertama beliau melapor diri sebagai Naib Canselor UMK.
Turut hadir, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UMK, Prof. Madya Dr. Dzulkifli Mukhtar , Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK, Ts. Amirul Firdaus bin Zilah dan Presiden Kesatuan Staf Pelaksana UMK, En. Mohd Shairuzani Che Hussin.
Ketiga-tiga persatuan telah merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah atas pelantikannya sebagai Naib Canselor yang baharu.
Majlis perjumpaan ini mencerminkan sokongan padu dan harapan tinggi terhadap kepimpinan beliau dalam membawa universiti ke arah kecemerlangan.
Pada majlis itu turut diadakan perbincangan kedua-dua pihak yang turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara pihak pengurusan universiti dan kesatuan/persatuan.
Kebersamaan ini menjadi wadah awal memahami isu peringkat akar umbi yang berkaitan dengan pentadbiran, kepimpinan, perjawatan, pembangunan, dan kelestarian kampus di universiti.
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Pendaftar UMK
PERTISA UMK
Kespumk Umk
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #malaysiamadani