BENGKEL HALATUJU PERTISA 2025
BENGKEL HALATUJU PERTISA 2025
19 Feb 2025 - Bengkel Halatuju Pertisa 2025 telah diadakan di Hotel Ibis Style, Kota Bharu melibatkan kesemua Ahli Jawatankuasa PERTISA UMK bagi tahun 2024/2025.
Matlamat utama bengkel adalah untuk melihat semula pencapaian bagi perancangan tahun 2024 dan menetapkan dengan lebih jelas halatuju dan gerak kerja yang perlu dilakukan sepanjang 2025
Banyak perkara dan aktiviti yang telah dirancang agar dapat memaksimakan fungsi PERTISA UMK dan memberi manfaat yang jelas kepada semua ahli.
PERTISA UMK komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai persatuan yang akan menjadi tunjang kepada semua pentadbir UMK.