Persatuan ini dikenali sebagai “Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan dan nama ringkasnya PERTISA. Selepas ini disebut “Persatuan”.

Pegawai Tadbir ertinya pegawai yang berkhidmat di bawah skim perkhidmatan Pegawai Tadbir kecuali pegawai yang telah berada di Gred 54 atau Pegawai Kanan Universiti.

Pegawai Ikhtisas ertinya pegawai yang berkhidmat di dalam jawatan kumpulan Pengurusan & Profesional kecuali pegawai yang telah berada di Gred 54 atau pegawai kanan universiti dan bukan Pegawai Tadbir serta Pegawai Akademik.

 

MATLAMAT

  • Memperkasakan profesionalisme Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan Bagi meningkatkan imej Universiti.
  • Menjadi Medium interaksi secara langsung antara Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan dengan pihak Universiti.
  • Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan.
  • Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan luar untuk kepentingan Persatuan. 

 

OBJEKTIF

  • Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan
  • Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas UMK.
  • Memacu ke arah mencapai matlamat UMK.
  • Menjadi badan perunding kepada peningkatan kerjaya dan kepentingan ahli.
  • Menjadi ahli gabungan dan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan dalaman UMK,  dan antarabangsa yang sesuai dengan dasar persatuan.
  • Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli
  • Mengemukan pendapat dan perakuan kepada pihak Berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  • Meningkatkan etika dan integriti di kalangan ahli.
  • Memupuk nilai-nilai keusahawanan di kalangan ahli

 

YURAN

Yuran-yuran khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dikutip dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa. Sekiranya ada ahlinya ingkar membayar wang yuran tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan, maka Jawatankuasa berhak menentukan apa-apa tindakan yang bersesuaian diambil ke atas ahli berkenan.

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

  1. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin selepas 31 Disember tetapi tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
  2. Mesyuarat Agung Luar Biasa
  3. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan: Jika Jawatankuasa memutuskan sangat perlu diadakan; atau
  4. Atas permintaan bertulis tidak kurang dari satu pertiga(1/3) bilangan ahli-ahli yang layak mengundi dan menyatakan tujuan dan alasan untuk mesyuarat tersebut diadakan.

 

KEWANGAN

kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah.