LAMAN WEB INI MASIH DALAM PEMBINAAN. MAKLUMAT2 MASIH BELUM LENGKAP DAN SEDANG PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT. MOHON MAAF ATAS KESULITAN

MENGENAI PERTISA

Persatuan ini dikenali sebagai “Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan dan nama ringkasnya PERTISA. Selepas ini disebut “Persatuan”.

Pegawai Tadbir
ertinya pegawai yang berkhidmat di bawah skim perkhidmatan Pegawai Tadbir kecuali pegawai yang telah berada di Gred 54 atau Pegawai Kanan Universiti.

Pegawai Ikhtisas
ertinya pegawai yang berkhidmat di dalam jawatan kumpulan Pengurusan & Profesional kecuali pegawai yang telah berada di Gred 54 atau pegawai kanan universiti dan bukan Pegawai Tadbir serta Pegawai Akademik.

Matlamat PERTISA

01
Memperkasakan profesionalisme Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan Bagi meningkatkan imej Universiti.
02
Menjadi Medium interaksi secara langsung antara Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan dengan pihak Universiti.
03
Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan.
04
Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan luar untuk kepentingan Persatuan.

HIGHLIGHT SEMINAR PENTADBIR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

SEMINAR PENTADBIR UMK 2017
Para Pentadbir Universiti disarankan mengekalkan prestasi perkhidmatan cemerlang dan lebih profesional sejajar dengan peranannya dalam mempertingkatkan kualiti kerja yang lebih produktif, berkualiti dan inovatif.
ETIKET DI MEJA MAKAN
Pentadbir diberikan pendedahan cara yang sopan dan protokol di meja makan. Program ini membantu para pentadbir agar lebih memahami mengenai protokol makan yang betul.